Sunday, March 29, 2009

SENARAI TUGAS


Pengetua

i. Memaklum dan menjelaskan tentang Sistem Rumah kepada warga sekolah
ii. Memastikan pelaksanaan Sistem Rumah merujuk kepada Buku Panduan Sistem Rumah
iii. Membentuk Jawatankuasa Induk Sistem Rumah
iv. Mempengerusikan mesyuarat JK Induk Sistem Rumah
v. Menyusun strategi pelaksanaan Sistem Rumah
vi. Merancang aktiviti sokongan Sistem Rumah
vii. Memantau pelaksanaan Sistem Rumah
viii. Memastikan markah Sistem Rumah dikemaskini sebelum dihantar ke SBP mengikut masa yang telah ditetapkan


Penolong Kanan

i. Membantu Pengetua melaksanakan Sistem Rumah
ii. Memastikan markah akademik setiap peperiksaan dikemaskini dan diproses untuk memperolehi PNG yang dicapai oleh setiap murid.
iii. Mengatur strategi peningkatan pencapaian akademik
iv. Menjalankan tugas yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Ketua Warden

i. Membantu Pengetua melaksanakan Sistem Rumah
ii. Menentukan tarikh mesyuarat Rumah di dalam takwim sekolah
iii. Memastikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sistem Rumah diadakan
sekurang-kurangnya 2 kali dalam setahun
iv. Menyelia buku laporan harian asrama
v. Memastikan markah dimasukkan dengan segera sebaik sahaja sesuatu aktiviti selesai dilaksanakan
vi. Memantau kemasukan data ke dalam ISIS oleh semua guru yang terlibat
vii. Mendapatkan laporan daripada Penyelaras Sistem Rumah tentang kedudukan terkini markah yang dikeluarkan oleh perisian ISIS.
viii. Memastikan Penyelaras Sistem Rumah menghantar laporan ke Sektor SBP pada masa yang telah ditetapkan
ix. Mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan Penyelaras Sistem Rumah
x. Melaporkan status perjalanan Sistem Rumah kepada Pengetua.
xi. Merancang dan menyelaras pelaksanaan Hari Anugerah Sistem Rumah
xii. Menjalankan tugas yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa


Penolong Kanan Kokurikulum

i. Membantu Pengetua melaksanakan Sistem Rumah
ii. Memastikan penglibatan semua murid dalam kegiatan kokurikulum
iii. Memastikan Guru Penasihat yang berkaitan memasukkan markah kokurikulum yang diperolehi oleh murid setiap kali sesuatu aktiviti / pertandingan selesai dijalankan
iv. Mengatur strategi peningkatan pencapaian kokurikulum
v. Menjalankan tugas yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa


Penyelaras Sistem Rumah

i. Membantu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid melaksanakan Sistem Rumah dengan berkesan
ii. Memastikan mesyuarat Rumah diadakan sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahun
iii. Memastikan perjumpaan Rumah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan
iv. Mengadakan perbincangan dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menentukan tarikh dan agenda Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sistem Rumah
v. Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Induk Sistem Rumah
vi. Mengemaskini fail Sistem Rumah
vii. Memastikan semua markah dimasukkan ke dalam ISIS setiap kali aktiviti selesai dijalankan
viii. Menghantar laporan ke Sektor SBP mengikut tarikh yang telah ditetapkan
ix. Menghadiri mesyuarat Sistem Rumah yang dianjurkan oleh SBP
x. Mencadangkan kepada pihak pengurusan untuk menambahbaikkan pelaksanaan Sistem Rumah
xi. Membantu menguruskan Hari Anugerah Sistem Rumah
xii. Mengemaskini markah Rumah pada papan markah Sistem Rumah pada setiap akhir bulan


Penolong Penyelaras Sistem Rumah

i. Membantu Penyelaras Sistem Rumah dalam melaksanakan Sistem Rumah
ii. Menjalankan tugas Penyelaras Sistem Rumah semasa ketiadaannya


Ketua Guru Rumah

i. Menerangkan pelaksanaan Sistem Rumah kepada Guru Rumah dan ahli Rumah masing-masing
ii. Membantu Penyelaras Sistem Rumah dalam melaksanakan Sistem Rumah
iii. Memastikan mesyuarat dan perjumpaan Rumah di adakan mengikut takwim sekolah
iv. Merancang aktiviti tahunan bersama guru dan ahli Rumah (sekolah dan aktiviti sokongan)
v. Memastikan ahli Rumah mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dipertandingkan
vi. Memberi galakan dan merancang strategi bersama guru dan ahli Rumah untuk mencapai kecemerlangan Rumah
vii. Mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan Ketua Rumah


Penolong Ketua Guru Rumah

i. Membantu Ketua Guru Rumah mencapai kecemerlangan Rumah
ii. Menjalankan tugas-tugas Ketua Guru Rumah sewaktu ketiadaannya


Guru Biro ( Akademik/Kokurikulum/Sahsiah/3K)

i. Memberi galakan kepada ahli Rumah untuk mencapai kecemerlangan dalam biro masing-masing
ii. Memaklumkan pencapaian biro kepada ahli Rumah dan guru dan membincangkan tindakan yang perlu diambil
iii. Mengadakan ”post mortem” pencapaian biro masing-masing semasa perjumpaan Rumah


Guru Rumah

i. Semua Guru Rumah mesti mendapat Latihan Perisian ISIS
ii. Membantu Ketua Guru Rumah dan Ketua Biro masing-masing untuk mencapai kecemerlangan Rumah
iii. Memberi cadangan dan idea untuk meningkatkan kecemerlangan Rumah


Ketua Rumah

i. Membantu Ketua Guru Rumah dan Guru-guru Rumah untuk mencapai kecemerlangan Rumah
ii. Menjadi contoh kepada semua ahli Rumah
iii. Memastikan semua rekod dan dokumen yang berkaitan dengan Rumah disimpan dan dikemaskini dengan baik
iv. Meningkatkan tahap disiplin dalam kalangan ahli Rumah
v. Memantau keselamatan,kebersihan dan keceriaan kamar/blok di bawah kawalannya
vi. Memberi semangat kepada ahli Rumah untuk mencapai kecemerlangan Rumah
vii. Mempengerusikan perjumpaan Rumah
viii. Meneliti laporan daripada ketua kamar/biro di bawah kawalannya dan mengambil tindakan yang sewajarnya
ix. Mengadakan perbincangan dengan Ketua Guru Rumah untuk merancang strategi Rumah dalam mencapai kecemerlangan
x. Memastikan setiap ahli memberi komitmen terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah


Penolong Ketua Rumah

i. Membantu Ketua Rumah mencapai kecemerlangan Rumah
ii. Menjalankan tugas Ketua Rumah sewaktu ketiadaannya.


Setiausaha Rumah

i. Mencatat minit mesyuarat dan perjumpaan Rumah.
ii. Merekod kehadiran ahli Rumah dalam setiap aktiviti
iii. Menyediakan laporan aktiviti yang dijalankan.
iv. Menyediakan draf surat rasmi untuk diluluskan oleh Ketua Guru Rumah
v. Merekod dan menyimpan surat-surat rasmi.
vi. Merekodkan biodata setiap ahli Rumah
vii. Menyimpan semua rekod pemarkahan Rumah
viii. Mengadakan perbincangan dengan Jawatan Kuasa Rumah untuk meningkatkan kecemerlangan Rumah


Penolong Setiausaha Rumah

i. Membantu Ketua Rumah mencapai kecemerlangan Rumah
ii. Menjalankan tugas Ketua Rumah sewaktu ketiadaannya


Bendahari Rumah

i. Membantu guru mengutip sejumlah wang untuk kegunaan aktiviti Rumah sebagaimana yang diluluskan oleh Pengetua
ii. Merekodkan semua kutipan wang sebelum diserahkan kepada Ketua Guru Rumah
iii. Menguruskan dan merekod perbelanjaan Rumah untuk sesuatu aktiviti.
iv. Menyediakan dan menyerahkan laporan kewangan kepada Ketua Guru Rumah sebelum cuti akhir tahun


Ketua Biro Akademik

i. Memaklumkan pencapaian akademik kepada semua ahli Rumah sewaktu perjumpaan Rumah
ii. Menyimpan rekod pencapaian akademik ahli Rumah.
iii. Merancang strategi untuk kecemerlangan akademik ahli Rumah bersama dengan Ketua Rumah
iv. Memastikan aktiviti akademik yang dirancang berjalan dengan lancar


Ketua Biro Kokurikulum

i. Membantu Ketua Rumah meningkatkan kecemerlangan kokurikulum Rumah
ii. Menggalakkan penglibatan ahli Rumah secara maksimum dalam semua aktiviti kokurikulum
iii. Membantu Guru Biro mengemaskini rekod kokurikulum


Ketua Biro Sahsiah

i. Membantu Ketua Rumah meningkatkan tahap disiplin dan sahsiah ahli Rumah
ii. Memastikan ahli Rumah sentiasa menjaga akhlak
iii. Memaklumkan markah disiplin dan sahsiah sewaktu perjumpaan Rumah


Ketua Biro 3K

i. Memastikan kamar dan bilik-bilik khas sentiasa selamat, bersih, kemas dan ceria
ii. Bekerjasama dengan Ketua Kamar untuk memastikan buku laporan 3K dikemaskini setiap hari
iii. Memaklumkan kepada semua ahli Rumah tentang markah kamar dan Rumah pada setiap perjumpaan Rumah
iv. Membuat ulasan/komen kepada ahli Rumah setiap kali perjumpaan Rumah diadakan
v. Menerima laporan segala jenis kerosakan dan memaklumkan kepada Ketua Guru Rumah dengan kadar segera
vi. Memastikan semua kamar mempunyai pelan pengosongan bangunan yang akan digunakan sekiranya berlaku kebakaran


Ketua Kamar

i. Mengenali nama dan latar belakang semua ahli kamar.
ii. Menyediakan jadual bertugas ahli kamar.
iii. Memastikan kamar sentiasa bersih dan kemas
iv. Memastikan segala kemudahan asas dijaga dengan baik
v. Melaporkan kepada warden/Ketua Rumah sekiranya ahli kamar sakit atau menghadapi masalah.
vi. Melaporkan dengan kadar segera sekiranya berlaku kerosakan kepada Ketua Biro 3K
vii. Menjadi orang yang terakhir meninggalkan kamar untuk memastikan semua peralatan elektrik ditutup dan kamar dalam keadaan bersih
viii. Memberi perangsang kepada ahli kamar untuk meningkatkan tahap kebersihan kamar
ix. Melaporkan kepada warden bertugas sekiranya terdapat ahli kamar yang belum pulang selepas balik bermalam / outing.
x. Memastikan ahli kamar berada dalam kamar selepas lampu dipadamkan
xi. Memastikan pintu kamar dikunci selepas lampu dipadamkan



Modus Operandi

Keberkesanan Sistem Rumah bergantung kepada pengurusan yang cekap dalam semua peringkat pelaksanaan. Modus Operandinya adalah seperti berikut :

4.3.1 Pembentukan Jawatankuasa Induk Sistem Rumah
4.3.2 Mesyuarat Jawatankuasa Induk
4.3.3 Taklimat Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Rumah
4.3.4 Penubuhan Rumah
4.3.5 Pengagihan Blok / Kamar mengikut Rumah
4.3.6 Pengagihan murid mengikut Rumah
4.3.7 Penempatan murid mengikut kamar
4.3.8 Hebahan maklumat mengenai Sistem Rumah kepada semua warga sekolah
4.3.9 Pembentukan Jawatankuasa Murid
4.3.10 Menyediakan papan kenyataan Sistem Rumah
4.3.11 Mengadakan kursus dalaman tentang perisian ISIS
4.3.12 Mengemaskini data asas Sistem Rumah ke dalam ISIS
4.3.13 Menjalankan aktiviti yang telah dirancang berdasarkan kepada 4 aspek penilaian Sistem Rumah iaitu akademik, kokurikulum, sahsiah dan 3K
4.3.14 Mengemaskini markah yang berkaitan
4.3.15 Mempamerkan markah Rumah di Papan Markah yang telah ditetapkan
4.3.16 Memberi pengiktirafan berdasarkan anugerah yang telah ditetapkan
4.3.17 Memantau dan menyelia pelaksanaan Sistem Rumah secara sistematik sepanjang masa
4.3.18 Proses Kerja / Carta Alir / Senarai Semak
i. Pelaksanaan Sistem Rumah
ii. Mengurus dan Menyelia Majlis Penganugerahan Sistem Rumah

No comments:

Post a Comment

Post a Comment