Sunday, March 29, 2009

PANDUAN PEMARKAHAN


Panduan Pemarkahan ini merupakan satu garis panduan kepada semua SBP mengenai pemberatan yang perlu digunakan dalam pemberian markah. Prinsip yang digunakan dalam menyediakan panduan ini adalah berdasarkan kelarasan, potensi / bakat murid-murid, pembentukan sahsiah / akhlak, adil dan kemampuan pelaksanaan.

Penilaian Sistem Rumah adalah berdasarkan kepada aturan pemarkahan seperti berikut:

Akademik

Pencapaian murid-murid dalam bidang akademik akan menyumbangkan markah kepada Rumah dan juga dirinya. Markah akan diberi berdasarkan kepada Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang diperolehi oleh murid tersebut berdasarkan kepada jadual di bawah :

Menengah Atas

PNG Keseluruhan Mata
4.0 +50
3.75-3.99 +40
3.50-3.74 +35
3.00-3.49 +30
2.75-2.99 +20
2.50- 2.74 +10
2.00 - 2.49 0
1.50 – 1.99 -10
0- 1.49 -20

Menengah Rendah

PNG Keseluruhan Mata
4.0 +50
3.75-3.99 +40
3.50-3.74 +30
3.00-3.49 +20
2.75-2.99 +5
2.50- 2.74 0
2.00 - 2.49 -10
1.50 – 1.99 -20
0- 1.49 -30
Hanya 4 peperiksaan akan diambil kira untuk dihimpunkan ke dalam markah Sistem Rumah seperti di bawah :
• Peperiksaan Pertengahan Penggal 1
• Peperiksaan Pertengahan Tahun
• Peperiksaan Pertengahan Penggal 2
• Peperiksaan Akhir Tahun / Peperiksaan Percubaan PMR / Peperiksaan Percubaan SPM
(Nota : Pencapaian murid dalam setiap subjek tidak akan diambil kira di dalam pengiraan markah untuk Sistem Rumah )

Kokurikulum

Tiga aspek kokurikulum akan menyumbangkan markah kepada Sistem Rumah iaitu
• Penglibatan murid dalam unit-unit kokurikulum iaitu Persatuan/Kelab, Badan Beruniform dan Sukan/Permainan
• Pencapaian murid dalam unit-unit kokurikulum iaitu Persatuan/Kelab, Badan Beruniform dan Sukan/Permainan dan
• Penglibatan murid dalam sesuatu acara seperti Merentas Desa, Kejohanan Olahraga dan Sukantara

Markah Penglibatan

Peringkat Markah
Sekolah 3
Zon/Daerah/SBP (Zon) 5
Negeri / SBP (Kebangsaan) 10
Kebangsaan 15
Antarabangsa 20

Markah Pencapaian

Peringkat Johan Naib Johan Ketiga
Sekolah 3 2 1
Zon/Daerah/SBP (Zon) 5 4 3
Negeri / SBP (Kebangsaan) 10 8 6
Kebangsaan 15 13 11
Antarabangsa 20 18 16

(Nota : Tiada perbezaan markah berdasarkan jenis acara samada individu atau kumpulan)
Markah Acara

Acara Kategori
Penyertaan Kelayakan Pencapaian
Merentas desa 1 2 Johan – 20; Naib Johan- 18
Ke-3 – 16; Ke-4 – 14; Ke-5 –12
Ke-6 – 10; Ke-7 – 9; Ke-8 – 8
Ke-9 – 7; Ke-10 – 6
Sukantara 1 2
Road Relay 1 - Johan – 20; Naib Johan- 18
Ke-3 – 16; Ke-4 – 14; Ke-5 – 12
Ke-6 – 10;Ke-7 – 9; Ke-8 – 8
Ke-9 – 7; Ke-10 – 6
Perbarisan 1 - Johan – 20;Naib Johan - 10
Ke-3 - 5
Contoh:
Seorang murid telah mendapat Johan dalam acara Merentas Desa. Markah yang dipungut oleh beliau ialah 23 ( 1 untuk penyertaan, 2 untuk kelayakan dan 20 untuk pencapaian )

Sahsiah

Aspek sahsiah yang akan menyumbangkan markah kepada Sistem Rumah adalah
i. Salah laku ( Demerit )
ii. Kepimpinan (Jawatan yang disandang )
iii. Khidmat bakti dan “Special Talent”

Salah laku

Markah negatif ( demerit ) akan dikenakan kepada semua salah laku disiplin mengikut kategori seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Iktisas Bil KP(BS)8591/Jld. XV11(7) bertarikh 29 Oktober 2003.

Kategori salah laku Markah
Berat -30
Sederhana -10
Ringan -3

(Nota : Markah tidak dipengaruhi oleh jenis tindakan yang dikenakan ke atas murid apabila melakukan sesuatu salah laku disiplin. Sebagai contoh ‘walaupun seseorang murid itu telah digantung persekolahannya kerana telah keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran , markah yang dikenakan ke atas beliau dan rumahnya adalah -10 kerana kesalahan ini adalah di bawah kategori kesalahan sederhana. )

Kepimpinan

Markah untuk kepimpinan murid akan diberi berdasarkan kepada peringkat jawatan yang disandang iaitu

• Peringkat Tinggi
• Peringkat Sederhana dan
• Peringkat Biasa

Jawatan
Markah
PERINGKAT TINGGI
Ketua Pengawas 50
Penolong Ketua Pengawas 40
Kapten Rumah
(Kapten Rumah mesti dilantik dari kalangan pengawas) 35
Setiausaha Pengawas 30
Bendahari Pengawas 25
PERINGKAT SEDERHANA
Pengawas biasa 20
Ketua-ketua Badan Kepimpinan murid yang lain 20
Ketua Imam 20
PERINGKAT BIASA
AJK Badan Kepimpinan murid 10
Imam/Bilal 10
Naqib/Naqibah 7
Ketua Kelas/Ketua Dorm/Ketua Blok 7


( Nota : Sekiranya seseorang murid memegang lebih dari satu jawatan, hanya markah dari jawatan yang paling tinggi akan diambil kira )

Khidmat Bakti dan “Special Talent”

Penglibatan murid dalam khidmat bakti di dalam dan luar sekolah juga akan diberi pengiktirafan dalam Sistem Rumah. Markah-markah akan diberikan berdasarkan kepada peringkat penglibatan murid-murid dalam khidmat bakti iaitu:

• Khidmat Bakti Peringkat Sekolah
Khidmat bakti yang dianjurkan di dalam atau luar kawasan sekolah oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri atau mana-mana institusi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Antara contoh aktiviti khidmat bakti di peringkat sekolah adalah terlibat sebagai AJK acara rasmi sekolah seperti Pendaftaran Murid Baru, Kejohanan Olahraga Tahunan, Kejohanan Merentas Desa, Sambutan Hari Guru, Hari Kecemerlangan Sekolah dan sebagainya.

• Khidmat Bakti Peringkat Masyarakat

Khidmat bakti yang dianjurkan di dalam atau luar kawasan sekolah oleh institusi atau badan-badan selain dari institusi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Antara contoh khidmat bakti di peringkat luar sekolah adalah menghulurkan bantuan perkhidmatan sosial kepada masyarakat luar sekolah yang dibenarkan seperti:
• mengambil bahagian dalam aktiviti gotong royong membersihkan kubur
• memberi bantuan di rumah orang-orang tua.
• memberi bantuan di rumah /pusat orang-orang cacat
• mewakili kumpulan koir untuk sesuatu acara yang dianjurkan Majlis Daerah.
• mengambil bahagian dalam malam kebudayaan anjuran Persatuan Murid-murid Tua.

Peringkat penglibatan Markah
Sekolah 2
Luar Sekolah / Masyarakat 4


“Special Talent”

Markah akan diberi kepada murid dan rumah sebagai mengiktiraf kebolehan seseorang murid dalam bidang-bidang tertentu seperti bermain piano, melukis , menulis perisian komputer dan sebagainya yang tiada pertandingan khusus dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, SBP atau Kementerian Pelajaran Malaysia. Markah tidak diberi kepada penglibatan tetapi hanya ke atas pencapaian murid dalam sesuatu pertandingan seperti jadual di bawah. :

Negeri Kebangsaan Antarabangsa
Johan 10 15 20
Naib Johan 8 13 18
Ketiga 6 11 16


Kebersihan, Keselamatan dan Keceriaan (3K)

Markah akan diberi kepada Rumah dan individu yang menganggotai kelas dan kamar yang berjaya melepasi tahap piawai . Kelas atau kamar yang berjaya melepasi tahap piawai minimum akan diberi markah manakala kelas atau kamar yang gagal melepasi piawai ini akan ditolak markah.

Markah untuk 3K (Kelas)

Markah untuk individu Melepasi piawai ( > 70 %) Zon selesa Tidak melepasi piawai
61 %- 70 % 50 % - 60% 0 – 49 %
Johan : + 5
0
-2
-3
Naib Johan : +3
Ketiga : + 2
Lain-lain : +1


Markah untuk 3K (Asrama)

Markah untuk Rumah Melepasi piawai ( > 70 %) Zon selesa Tidak melepasi piawai
61 % - 70 % 50 % - 60% 0 – 49 %
Johan : + 50
0
-20
-30
Naib Johan : +30
Ketiga : + 20
Lain-lain : +10

No comments:

Post a Comment