Sunday, March 29, 2009

KONSEP DAN PRINSIP SISTEM RUMAH


Sistem Rumah merupakan pelaksanaan penempatan murid di bawah satu bumbung (Rumah) dengan pendekatan vertikal berbanding dengan pendekatan horizontal di bilik darjah. Alternatif ini merupakan pendekatan ke arah memupuk semangat kesepaduan dan keharmonian dalam kalangan murid yang berasal dari latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan budaya yang berbeza. Justeru Sistem Rumah akan meningkatkan jalinan kerjasama dan pembangunan darjah emosi (EQ) untuk menghasilkan murid-murid yang mempunyai jati diri, berketerampilan dan mempunyai daya kepemimpinan yang tinggi, sebagai sumber tenaga cemerlang dan bijaksana kepada pembangunan masa depan negara. Sistem Rumah ini juga berperanan sebagai perekayasa sosial (social reengineering) bagi melahirkan amalan budaya positif dalam kalangan murid untuk mencapai kecemerlangan modal insan seterusnya memupuk dan mengembangkan semangat kekitaan.


3.1 Matlamat Strategik

3.1.1 melahirkan sekolah yang unik dan istimewa ‘school with character’, (Sekolah Berwatak).

3.1.2 membentuk murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,

3.1.3 memperkasa jati diri murid, berketrampilan, berkeyakinan, berdaya saing dan berdaya pimpin,

3.1.4 mewujudkan semangat pertandingan yang sihat dalam kalangan murid ,

3.1.5 mewujudkan semangat kekeluargaan dan kekitaan ’sense of belonging’ dengan menanam perasaan “menyayangi yang muda, menghormati yang tua” di antara ahli Rumah.


3.2 Konsep Asas

3.2.1 Setiap sekolah mempunyai sekurang-kurangnya empat ( 4 ) buah Rumah tetapi tidak melebihi daripada enam ( 6 ) buah Rumah.

3.2.2 Rumah boleh dinamakan mengikut kesesuaian pihak sekolah, contohnya tokoh sejarah, ilmuan dan individu yang berjasa kepada negara (Sudah baiki ayat....)

3.2.3 Setiap murid dan guru mesti mempunyai Rumah kecuali Pengetua.

3.2.4 Pembahagian Rumah bagi murid dan guru kekal sepanjang persekolahan dan perkhidmatan di sekolah berkenaan.

3.2.5 Setiap Rumah dikehendaki mempunyai identiti sendiri meliputi warna, logo, motto, bendera, lagu Rumah dan lagu sorak.

3.2.6 Setiap Rumah mempunyai struktur organisasi seperti yang telah ditetapkan.

3.2.7 Ketua Rumah yang dilantik mestilah seorang Pengawas.

3.2.8 Penempatan murid di kelas tidak semestinya mengikut Rumah.

3.3 Elemen

Sistem Rumah mempunyai elemen tersendiri yang sewajarnya dijadikan garis panduan kepada semua Sekolah Berasrama Penuh. Elemen-elemen tersebut berdasarkan :

3.3.1 Penempatan
a. Penempatan murid di asrama bermula semasa pendaftaran ke Tingkatan 1, 4 dan / atau Tingkatan 6 Bawah.
b. Pengagihan murid adalah berdasarkan analisis statistik strata
(stratified statistical analysis):
i. Status murid – biasa dan projek khas
ii. Anak-anak bekas murid (alumni)
iii. Adik beradik kembar
iv. Murid yang mempunyai kakak/abang yang sedang menuntut di sekolah yang sama.
BIL STATUS MURID PENEMPATAN RUMAH
1. Setiap murid dikategorikan mengikut :-
i. murid biasa
ii. projek khas Setiap Rumah hendaklah dianggotai secara seimbang berdasarkan status murid daripada setiap kategori
2. Anak-anak bekas murid Ditempatkan di Rumah yang sama seperti ayah atau ibunya
3. Adik beradik kembar Adik beradik kembar ditempatkan dalam Rumah yang sama
4. Murid yang mempunyai kakak/abang yang sedang menuntut di sekolah yang sama Ditempatkan di Rumah yang sama dengan kakak atau abangnya

c. Penempatan murid boleh dilaksanakan berdasarkan empat (4) model berikut:-
Model A : Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 di bawah
satu blok / aras / kamar
( 1+2+3+4+5 )
Model B : Tingkatan 1 berasingan
Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 di bawah satu blok / aras / kamar
(1) + (2+3+4+5)
Model C : Tingkatan 1, 2, 3, 4 di dalam satu
blok / aras / kamar
Tingkatan 5 berasingan
(1+2+3+4) + (5)
Model D : Tingkatan 1 berasingan
Tingkatan 2, 3, 4 di dalam satu
blok / aras / kamar
Tingkatan 5 berasingan
(1) + (2+3+4) + (5)

d. Penempatan Rumah adalah mengikut blok tetapi dalam keadaan prasarana terhad, penempatan Rumah dibenarkan mengikut aras dan kamar, di mana setiap aras atau kamar didiami oleh ahli Rumah yang sama.
e. Penempatan Warden juga adalah mengikut Rumah / blok. Warden berkenaan secara automatik bertanggungjawab sepenuhnya kepada ahli Rumah / blok yang didiaminya.

f. Kedudukan di dewan makan adalah berasaskan kepada setiap meja dianggotai oleh murid daripada pelbagai tingkatan dari Rumah yang sama

3.3.2 Penilaian

Penilaian Sistem Rumah mengambil kira pencapaian murid dalam akademik, kokurikulum, sahsiah dan 3K (Keselamatan, Keceriaan dan Kebersihan). Pencapaian cemerlang oleh ahli Rumah akan diberi pengiktirafan manakala pencapaian yang tidak sampai ke tahap yang ditetapkan akan dikenakan penalti. Sistem ini akan mewujudkan satu persaingan yang sihat dalam kalangan murid dengan menanamkan sifat ingin bertanding dan menyumbangkan sesuatu kejayaan bagi meningkatkan kecemerlangan Rumah.

3.3.3 Pengiktirafan

Majlis pengiktirafan Sistem Rumah hendaklah diadakan sekali atau dua kali setahun.

Kategori yang diberi pengiktirafan adalah seperti berikut ;
i. Rumah Terbaik Akademik
ii. Rumah Terbaik Kokurikulum
iii. Rumah Terbaik Sahsiah
iv. Rumah Terbaik 3K
v. Murid Terbaik Keseluruhan
vi. Rumah Terbaik Keseluruhan

Semua anugerah ini adalah berdasarkan pencapaian tertinggi pada tahun semasa dalam kategori yang berkaitan. Sekiranya berlaku persamaan markah untuk Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan atau Anugerah Rumah Terbaik Keseluruhan, Pengetua mempunyai kata pemutus di mana pertimbangan utama adalah berasaskan markah akademik.

No comments:

Post a Comment