Saturday, August 1, 2009

peraturan

Pengenalan

Surat Pekeliling Ikhtisas bil.9/1975, menyatakan
...tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan sekolah masing-masing secara bertulis. Peraturan ini hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan murid-murid mestilah mengetahuinya.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, pekeliling-pekeliling Ikhtisas dan surat-surat siaran DBP, Kuala Lumpur, 1988 ms. 162)

Penggubalan peraturan-peraturan sekolah adalah berasaskan peraturan pelajaran yang terkandung di dalam surat-surat pekeliling (Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri) yang dikeluarkan dari semasa ke semasa: Nilai-nilai agama, Rukun Negara, latar belakang sosio budaya masyarakat setempat, kemudahan dan keadaan fizikal sekolah dan prinsip-prinsip asasi disiplin dan peraturan ini dinamakan Peraturan Sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengukuhan Disiplin Peringkat Sekolah. DBP, KL, 1988 ms. 18)

Oleh yang demikian, setiap pelajar perlu dididik agar mematuhi peraturan dan disiplin yang dapat memenuhi apa yang dihasratkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Negara inginkan seorang insan yang bukan hanya berpengetahuan tinggi, tetapi juga seorang yang berbudi pekerti mulia dan mempunyai amalan hidup yang sihat.



Peraturan Asrama 2009



:-
Peraturan-peraturan asrama adalah untuk mencapai matlamat asrama cemerlang di samping menjamin suasana yang aman dan teratur di asrama. Oleh itu semua penghuni adalah tertakluk kepada peraturan asrama dan kerjasama anda adalah diminta untuk mengikuti peraturan-peratuan tersebut iaitu seperti berikut

A PELAJARAN

Kemajuan pelajaran penghuni asrama akan diawasi oleh pihak
sekolah/waden-waden.

Masa sekolah

1. Penghuni-penghuni hendaklah mematuhi jadual waktu yang ditetapkan oleh phak pentadbir sekolah.
2. Tidak seorang pun dibenarkan tinggal di asrama ataupun balik pada masa sekolah. Jika ada perkara yang mustahak kebenaran hendaklah diperolehidaripada waden-waden yang bertugas sebelum balik ke asrama.
3. Penghuni-penghuni dikehendaki mengosongkan asrama sebelum 7.00 pagi.
4. Penghuni yang sakit semasa di asrama hendaklah melapor diri kepada waden yang bertugas/matron dan tinggal di bilik sakit di asrama/dirujuk ke klinik.
5. Penghuni yang jatuh sakit semasa kelas tidak dibenar berehat di bilik sakit asrama tapi di bilik sakit di blok sekolah.

Selepas sekolah

1. Setiap penghuni asrama boleh membuat kerja-kerja rumah di bilik rehat asrama.
2. Semua penghuni asrama dikehendaki pergi ke kelas masing-masing untuk sesi belajar malam. Masa belajar malam: selepas isyak hingga 11.00 malam.


B. TATATERTIB

Akhlak

1. Semua penghuni asrama mestilah sentiasa berkelakuan baik samada di dalam / di luar asrama.
2. Penghuni-penghuni tidak dibenarkan sama sekali berkelakuan tidak senonoh/baik seperti mencuri, merokok, bergaduh, menggna sebarang jenis dadah atau merosakkan harta-benda asrama.
3. Pelajar-pelajar juga tidak dibenarkan menjerit-jerit di asrama.

Disiplin

1. Badan disiplin yang terdiri daripada pengetua, waden-waden dan pengawas-pengawas berkuasa menjalankan disiplin di asrama.
2. Penghuni yang didapati melanggar peraturan asrama akan diambil tindakan yang sewajarnya.

Didikan Agama

1. Tiap-tiap penghuni asrama mesti mempunyai keperluan bagi amalan ibadat.
2. Penghuni-penghuni asrama diwajibkan menunaikan sembahyang 5 waktu secara berjemaah.
3. Penghuni lelaki diwajibkan bersembahyang Jumaat di masjid sekolah.
4. Semasa penghuni lelaki menunaikan sembahyang jumaat, penghuni perempuan diwajibkan menyertai program keagamaan yang akan dibuat oleh pihak sekolah.
5. Bagi penghuni perempuan yang uzur dikehendaki berada di asrama semasa Maghrib dan Isyak.


C. PAKAIAN

1. Penghuni mestilah sentiasa berpakaian kemas dan bersih.
2. Pakaian seragam sekolah hendaklah digunakan pada waktu sekolah, pergi ke bandar, mengikuti sebarang aktiviti/program yang dianjurkan oleh pihak luar, balik/datang ke sekolah selepas balik bermalam atau cuti, waktu sarapan pagi dan makan tengahari.
3. Semasa di asrama, penghuni hendaklah memakai pakaian yang sesuai, bersih dan menutup aurat.
4. Seluar/baju yang diperbuat daripada denim(jean) dilarang dipakai di asrama.
5. Pakaian yang sesuai hendaklah digunakan semasa beriadah:
Lelaki : seluar sukan panjang dan T-shirt
Perempuan : seluar sukan panjang dan T-shirt labuh dan berlengan panjang serta bertudung labuh.


D. KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

Kebersihan dan Kesihatan Diri

1. Kebersihan dan kesihatan diri pelajar hendaklah diutamakan.
2. Pemeriksaan kebersihan diri penghuni akan dijalankan pada bila-bila masa seperti kuku panjang dan sebagainya.
3. Sebarang penyakit/kemalangan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada pihak waden.

Kebersihan Bilik Asrama

1. Bilik asrama/kawasan sekeliling mestilah sentiasa bersih dan teratur.
2. Pemeriksaan akan dijalankan oleh waden yang bertugas setiap hari.
3. Makanan dari dapur atau sebarang makanan yang mudah rosak dilarang makan di asrama.
4. Pakaian dan alatan harian seperti tuala, sarong bantal, selimut dan cadar hendaklah sentiasa bersih dan kemas.
5. Pakaian dan barang-barang yang basah dan kotor tidak boleh disimpan dalam asrama.
6. Penghuni asrama ditegah menyidai segala macam pakaian di cermin-cermin tingkap asrama ataupun di Verandah. Tindakan yang tegas akan diambil ke atas penghuni yang melanggar peraturan ini.
7. Semua pakaian dan juga buku-buku hendaklah disimpan di dalam loker penghuni masing-masing.
8. Semua penghuni hendaklah menggunakan cadar dan sarong bantal dengan warna yang telah ditetapkan.
9. Penghuni dilarang menconteng, menampal sebarang tulisan, gambar pada bantal, tilam, loker, katil dan dinding-dinding asrama/tandas/bilik air.
10. Bilik hendaklah disapu pada waktu pagi dan petang.
11. Tong-tong sampah hendaklah dikosongkan setiap pagi.
12. Sebaang alas kaki tidak dibenarkan dibawa ke dalam asrama.

Kebersihan Bilik Rehat dan Bilik Sakit

1. Kebersihan kedua-dua bilik ini hendaklah dijaga pada setiap masa.

Kebersihan Dewan Makan

Penghuni-penghuni hendaklah menjaga kebersihan dewan makan pada tahap yang tinggi.

1. Setiap penghuni mestilah mempunyai pinggan, sudu dan gelas sendiri.
2. Kerja pembersihan luar dan dalam dewan makan hendaklah dijalankan selepas minum pagi, makan tengahari dan makan petang oleh penghuni-penghuni yang telah ditetapkan.
3. Penghuni dilarang membuang sisa makanan merata-rata seperti atas meja, lantai dan sebagainya. Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong-tong sampah yang disediakan.
4. Semua kerja pembersihan selepas makan petang hendaklah siap sebelum 7.00 mlm.
5. Waktu makan:-Minum pagi(Isnin-Jumaat)
-6.30-7.00pg (Sabtu-Ahad)
Makan Tengahari -Selepas solat zuhur (Isnin-Jumaat)

Makan Petang - 6.30 ptg

** Masa makan tengahari bagi penghuni perempuan pada hari Jumaat
diseragamkan dengan penghuni lelaki.

Adab Makan

1. Berpakaian kemas.
2. Jangan gunakan sebarang alas kaki apabila masuk ke dalam dewan (termasuk guru-guru dan pekerja am dan dapur)
3. Duduk dengan tertib dan di meja yang telah ditetapkan.
4. Berbaris dengan senyap mengikut barisan yang telah ditetapkan.
5. Ambil makanan yang secukupnya untuk mengelakkan pembaziran.
6. Bersihkan meja sendiri selepas makan. Elakkan membuang sisa-sisa makanan di atas meja dan lantai.
7. Penghuni ditegah dengan keras masuk ke dalam bilik dapur pada bila-bila masa.
8. Makanan tidak akan disajikan selepas masa yang telah ditetapkan.
9. Dilarang keras membawa makanan dan minuman ke asrama.

Kebersihan Bilik Air dan Tandas

1. Penghuni tidak dibenarkan merendam pakaian di dalam sinki.
2. Bekas bungkusan sabun, ubat gigi dan shampoo hendaklah dibuang ke dalam tong sampah.
3. Pakaian yang telah dicuci hendaklah dijemur di jemuran.
4. Bilik tandas hendaklah dibersihkan selepas digunakan.
5. Penghuni perempuan dilarang membuang tuala-tuala wanita ke dalam mangkok tandas. Sila buang ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
6. Kerja-kerja pembersihan bilik air dan tandas hendaklah dijalankan setiap hari oleh pelajar yang telah ditetapkan.

Kebersihan dan keindahan kawasan asrama

1. Jangan sepahkan sampah dalam kawasan asarama. Sila buangkan sampah ke dalam tong sampah.
2. Semua penghuni asrama bertanggungjawab untuk memperindahkan kawasan asrama masing-masing.


E. KEGIATAN LUAR/BERIADAH

1. Semua penghuni diwajibkan mengambil bahagian dalam kegiatan sekolah atau asrama.
2. Semua alatan riadah hendaklah disimpan dan dijaga dengan baik.
3. Waktu riadah: - selepas asar - 6.30 ptg (Isnin – Ahad)



F. KESELAMATAN

1. Penghuni bertanggungjawab atas keselamatan barang-barang mereka sendiri.
2. Barang-barang kemas dan berharga dilarang dibawa ke asrama.
3. Alat-alat yang merbahaya seperti pisau dilarang disimpan di asrama.
4. Semua jenis peralatan elektrik seperti heater dsb dilarang diguna di asrama.
5. Penghuni juga dilarang menggunakan sebarang jenis radio di asrama.
6. Penghuni tidak sekali-kali dibenar membuat penyambungan elektrik atau menggunakan lilin dan pelita di asrama. Sila laporkan dengan segera sekiranya ada kerosakan elektrik di asrama.
7. Penghuni mestilah mengetahui peraturan keselamatan kebakaran (Fire drill).


G. KEGUNAAN AIR DAN API

1. Lampu akan dipadam pada 12.00 malam.
2. Jangan pasangkan api atau kipas angin dan juga pili air semasa ketiadaan penghuni. Mana-mana penghuni yang melanggar peraturan ini akan diambil tindakan yang sewajarnya.


H. KELUAR KE BANDAR DAN BALIK BERMALAM

1. Penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan asrama tanpa kebenaran waden bertugas.
2. Penghuni dibenarkan ke Bandar mengikut giliran masing-masing.
3. Sebelum keluar, buku catatan keluar/masuk hendaklah ditandatangani oleh waden yang bertugas.
4. Penghuni dibenarkan balik bermalam sekali sebulan mengikut jadual yang disediakan, kecuali pada masa-masa kecemasan seperti keluarga terdekat sakit tenat/meninggal ataupun penghuni sendiri yang sakit yang memerlukan jagaan keluarga masing-masing.
5. Waktu keluar ke bandar Klang. Setiap penghuni hanya dibenarkan keluar pada satu sesi sahaja.
* Jumaat - 2.00 petang – 6.00 PETANG


I. PELAWAT

1. Penghuni dilarang membawa pelawat ke asrama. Ibubapa atau pelawat lain hanya dibenar berjumpa di kantin
2. Pelawat-pelawat tidak dibenarkan membawa kenderaan mereka ke dalam kawasan asrama. Kenderaan-kenderaan pelawat hendaklah diletakkan di tempat letak kereta yang telah disediakan.


J. KAWASAN LARANGAN

Semua penghuni asrama ditegah memasuki kawasan larangan seperti
A. Asrama Puteri bagi penghuni lelaki
B. Asrama Putera bagi penghuni perempuan
C. Dapur
D. Blok-blok pentadbian dan bilik-bilik kelas pada masa tertentu.
E. Kawasan rumah pengetua, guru dan pekerja.
F. Seluruh kawasan bangunan sekolah/ rumah lama.



** Penghuni-penghuni asrama adalah tertakluk kepada Peraturan Sekolah.

No comments:

Post a Comment